19 KEISTIMEWAAN
WANITA DALAM ISLAM
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya
seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab
Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak
tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
SWT.
http://untuk-islam.blogspot.com/2013/01/19-keistimewaan-wanita-menurut-al.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar